VAT 69 Komando

69 Komando (Jawi: ٦٩ كومندو); juga dikenali sebagai Very Able Troopers 69 (VAT 69) ialah unit pasukan khas pelbagai tugas elit Polis Diraja Malaysia. VAT 69 berpangkalan di Ulu Kinta, Perak dan bersama Unit Tindakan Khas (UTK), mereka adalah sebahagian daripada Pasukan Gerakan Khas (PGK). Misi 69 Komando adalah untuk menjalankan tugas berisiko tinggi seperti memerangi keganasan, menyelamat tebusan, pengumpulan risikan dan memerangi pemberontakan di dalam sempadan Malaysia.[1]Sebelum 1989, 69 Komando ditugaskan terutamanya untuk memerangi pengganas komunis di hutan Malaysia. Hari ini, pasukan ini mempunyai peranan memerangi keganasan dan antipemberontakan yang lebih luas, tetapi ia masih mengekalkan kepakaran yang besar dalam peperangan hutan; kebanyakan pengendali mereka diambil dari Senoi Praaq, unit pengesan elit yang kini menjadi sebahagian daripada Pasukan Gerakan Am TLDM.

Rujukan

WikiPedia: VAT 69 Komando https://web.archive.org/web/20110622022714/http://... http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/20... http://friendsofpdrm.blogspot.my/2015/07/beret-kel... http://www.tactical-life.com/online/special-weapon... https://web.archive.org/web/20080524215143/http://... http://www.thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131... http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/asia-pacific/8184... http://www.historyasia.com/shows/vat-69-malaysias-...